ShareThis

Wednesday, September 21, 2011

Kenapa sakit baru kita ingat Tuhan?

Setiap hari kita ketawa.Kenapa kita ketawa?Sebab kita telah mendapat kebahagiaan yang kita kecapi.Ketika kita ketawa,kita lupa segala kesedihan yang dihadapi.Itu lah hidup.Tak selalunya sempurna dek akal.

Kenapa kita sakit baru kita ingat Allah?Dan kenapa ketika berbahagia,kita buang perasaan ingat Allah jauh jauh?

Bukan kah itu yang kita panggil sombong dan ego?



Setiap hari kita gembira,setiap hari kita ketawa.Setiap hari kita rasa dunia ini milik kita.Tapi kita tidak pernah rasa tenang.Hati tak beri respon yang positif dalam mencari ketenangan.Hairan bukan?

Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada baru kita memohon kepada Tuhan.Dari situ lah kita mula mengingati Allah.Kita berdoa kerana kita inginkan kesempurnaan dalam hidup kita,tapi kita lupa yang kita belum melakukan kesempurnaaan dalam diri kita di sisi Allah S.W.T.

Kita berdoa,tetapi kenapa Allah tak makbulkan doa kita?

Kerana kita hanya tahu berdoa tapi kita tak pernah mohon ampun.Ambik contoh kawan anda yang banyak buat salah dengan anda tapi dia memohon pertolongan daripada anda.Automatik dalam fikiran anda,anda tidak mahu menolong beliau.Sama lah dengan hubungan kita dengan Allah.



Pernah lakukan solat taubat?

Ada.Itupun kalau kita nak exam.Barulah kita rasa nak dekat diri ngn Tuhan.Tapi lepas Allah bagi apa yang kita nak,terus kita lupakan Allah.Sombong bukan?

Tidak malukah kita dengan Allah?

Fikir sendiri